Friday, August 30

Dengari

Bila dibelengu masalah, berbicara dengan manusia, bukanlah satu keputusan yang tepat sebenarnya, sebab manusia, takkan mungkin boleh faham perasaan kita yang sebenarnya. Walaupun apa yang kita alami itu lebih kurang sama, tapi apa yang kita rasai dalam dada, tak pernah sama. 

Pada pandangan aku, bila ada kawan yang mencurahkan masalah, tak elok untuk kita asyik katakan.. "situasi kau nie, sama je macam aku"
"memang perangai si polan tu sama je macam si polan"

menyamakan keadaan dengan si kawan yang punya masalah, dengan keadaan yang kau pernah alami, bukanlah satu tindakan yang tepat. Lagi menyakitkan hatinya adalah. 

Majoriti orang meluahkan kerana ingin di dengari, bukanlah solusi.

Sebab itu, aku lebih memilih untuk dengar masalah kawan, walaupun aku tak boleh membantu.