Wednesday, July 10

Que Sera Sera

Bismillah

Bahasa Sepanyol yang bermaksud.. Whatever will be, will be. Apa pun yang akan terjadi, tetap  akan terjadi :)

Aku ada satu kepercayaan. Tak kira mana pun kita berusaha. kalau dah memang bukan rezeki kita, kita takkan dapat pun apa yang kita usahakan tu. 

Tapi Allah pandang pada usaha, bukan pada hasilnya. Lagipun, kalau hasilnya terjadi mengikut apa yang kita nak, tak semestinya itu yang terbaik untuk kita. Walaupun kita rasa itulah yang paling bagus, tapi kita tak tahu masa depan macam mana. 

Apa yang kita perlu buat, kita patut terus berusaha dan berdoa. Agar dalam penilaian ALLAH kita dapat ganjaran yang setimpal. 

Dan aku, aku sedang mengajar diri aku untuk redha dan bergantung harap pada ALLAH.
Moga Allah berikan aku petunjuk yang terbaik. Berikan satu rasa yang terbaik di hati aku. 

Memang, jujur dengan diri sendiri satu benda yang paling payah. Di saat kita bersendirian, di saat tiada siapa melihat, keimanan kita teruji. Allah sentiasa ada. Allah sentiasa melihat. Allah yang tidak pernah tidur.

Sabar dan solat. itu yang Allah ajar. 

Aku mahu amalkan. :)

Ramadhan

Bismillah

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Semoga tahun ini lebih bermakna untuk aku.

Aku baru je delete semua post yang lama-lama dekat blog ini. 
Aku tak mahu teringat semula cerita lama. 

Aku mahu maknakan Ramadhan ini dengan cara yang sepatutnya.
 
Semoga Allah Redha.

:)
1 Ramadhan 1434H

Thursday, July 4

Kembali.

Assalamualaikum

sudah sekian lama.

akhirnya kembali ke sini. semula.