Tuesday, June 3

Memori

Blog ini penuh memori.
Banyak yang aku simpan di draft,
Sikit yang aku kongsi dengan umum,
tapi setiap satunya,
ada memori sendiri.

Memori dengan kawan,
Memori dengan lawan.

Setiap saat satu pengalaman baru tercipta,

Senyum :)

Allahumma amin.
Allah Maha Penolong

Saturday, October 12

gerak

jika manusia tanya apa yang aku mahukan saat ini.

pasti aku katakan..

"aku hanya mahu terus berjalan dan terus bergerak. jangan bagi ada ruang untuk aku berfikir tentang diri sendiri"

tapi apa yang aku adukan pada allah.

"berikan aku kekuatan hingga waktu yang engkau tetapkan. sememangnya, aku sudah tak larat lagi mahu bergerak dan bergerak. aku lemah"

dah tahu






ramai dah tahu. tapi ramai yang lupa.
dan aku. bila rasa itu berkunjung ke kalbu.
perkara yang terbaik untuk aku.

sujud.

Saturday, September 14

emosi

memutuskan satu keputusan. bukanlah satu perkara mudah. supaya keputusan itu tidak dikesali, perlulah dibuat ketika perasaan sedang stabil dan rasional.

aku, bukanlah rasional sentiasa. aku penuh beremosi orangnya. dan tak di nafikan. hidup aku penuh dengan drama. hidup orang lain pun begitu juga. cuma aku memilih untuk jadi lebih dramatik, mungkin?

aku sudah buat keputusan... untuk lepaskan dia.

hati, aku mohon untuk kau tidak sakit lagi.

Thursday, September 5

Terbang

Bukan semua orang mampu menaiki kapal terbang. Walaupun sekarang banyak je promosi tambang murah sana sini, tapi


Friday, August 30

Dengari

Bila dibelengu masalah, berbicara dengan manusia, bukanlah satu keputusan yang tepat sebenarnya, sebab manusia, takkan mungkin boleh faham perasaan kita yang sebenarnya. Walaupun apa yang kita alami itu lebih kurang sama, tapi apa yang kita rasai dalam dada, tak pernah sama. 

Pada pandangan aku, bila ada kawan yang mencurahkan masalah, tak elok untuk kita asyik katakan.. "situasi kau nie, sama je macam aku"
"memang perangai si polan tu sama je macam si polan"

menyamakan keadaan dengan si kawan yang punya masalah, dengan keadaan yang kau pernah alami, bukanlah satu tindakan yang tepat. Lagi menyakitkan hatinya adalah. 

Majoriti orang meluahkan kerana ingin di dengari, bukanlah solusi.

Sebab itu, aku lebih memilih untuk dengar masalah kawan, walaupun aku tak boleh membantu. 


Wednesday, July 10

Que Sera Sera

Bismillah

Bahasa Sepanyol yang bermaksud.. Whatever will be, will be. Apa pun yang akan terjadi, tetap  akan terjadi :)

Aku ada satu kepercayaan. Tak kira mana pun kita berusaha. kalau dah memang bukan rezeki kita, kita takkan dapat pun apa yang kita usahakan tu. 

Tapi Allah pandang pada usaha, bukan pada hasilnya. Lagipun, kalau hasilnya terjadi mengikut apa yang kita nak, tak semestinya itu yang terbaik untuk kita. Walaupun kita rasa itulah yang paling bagus, tapi kita tak tahu masa depan macam mana. 

Apa yang kita perlu buat, kita patut terus berusaha dan berdoa. Agar dalam penilaian ALLAH kita dapat ganjaran yang setimpal. 

Dan aku, aku sedang mengajar diri aku untuk redha dan bergantung harap pada ALLAH.
Moga Allah berikan aku petunjuk yang terbaik. Berikan satu rasa yang terbaik di hati aku. 

Memang, jujur dengan diri sendiri satu benda yang paling payah. Di saat kita bersendirian, di saat tiada siapa melihat, keimanan kita teruji. Allah sentiasa ada. Allah sentiasa melihat. Allah yang tidak pernah tidur.

Sabar dan solat. itu yang Allah ajar. 

Aku mahu amalkan. :)

Ramadhan

Bismillah

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Semoga tahun ini lebih bermakna untuk aku.

Aku baru je delete semua post yang lama-lama dekat blog ini. 
Aku tak mahu teringat semula cerita lama. 

Aku mahu maknakan Ramadhan ini dengan cara yang sepatutnya.
 
Semoga Allah Redha.

:)
1 Ramadhan 1434H

Thursday, July 4

Kembali.

Assalamualaikum

sudah sekian lama.

akhirnya kembali ke sini. semula.